Friday, December 14, 2007

Kami Pi Melaka

MELAKA 1 Disember 2007 - Kereta kuning meluncur laju merentasi Lebuhraya Utara Selatan menghala ke arah Seremban. Destinasi bajet ialah Melaka Bandaraya Bersejarah.

Singgah berehat di hentian Rehat & Rawat Seremban. Ayah bersantai selepas kenyang makan nasi lemak beli kat Tasik Puteri.




Singgah solat di Masjid al-Azim. Tak jauh dari bandar Melaka dah ni..."Masjid ni besar daripada masjid di Mekah," kata Muhammad.





Sempat lagi berposing bawah pokok di perkarangan masjid sebelum meneruskan perjalanan...






Akhirnya kami sampai ke Banda Hilir, Melaka.
Pening jugak KAX6990 pusing cari parking. Atlast kami parking di depan Hospital Mahkota kot..sebelah Mahkota Parade. Pastu..jalan kaki ke Dataran Pahlawan.

Muhammad tetap setia dengan kapal koreknya... Bas dua tingkat sedang melintas di belakang.




Ibu Muhammad dan Yusuffi tak sempat nak kawal budak 2 orang ni. Ayah singgah di kedai urut refleksologi. Dia tak larat nak melangkah dah...Sambil tunggu ayah, kami makan di Mc Donald.








Yusuffi berdiri macho di Taman Bunga Merdeka.








Bergaya di depan Keretapi Tanah Melayu.







Sesi sorok-menyorok di bawah perut keretapi.